
Kira-kira 8,000 pengguna menyukai foto Anwar yang ditandakan ‘HADIR’ manakala foto Najib pula diletakkan tanda soal.
Grafik tersebut dipapar dalam facebook Anwar pada semalam.
Salah seorang pengguna, Tam Sem Hoong yang mengulas foto tersebut menulis, “Najib pun tak berani debat dengan Rosmah (Mansor), macam mana nak debat dengan Anwar”.
Tok Ayah Li pula menulis, “Najib mana berani…Cakap berdegar-degar kat TV. Ajak debat takut…”.
Seorang lagi pengguna, Zaidi Mahat mengulas, “Penakut.. Mana berani dia datang…Macam inikah sikap ketua BN? Nahaslah rakyat kalau pilih pengecut jadi pemimpin. Kalau perang dia lari dulu…Hampeh!”, demikian antara komen yang disusuli 600 ulasan lain.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 11 April lalu mempelawa Anwar dan Najib untuk membentangkan manifesto masing-masing dalam program debat yang berlangsung 8.45 malam ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.
Anwar mengesahkan kehadiran melalui jadual dan laman facebooknya Isnin lalu yang bertulis ‘Saya akan hadir’, dan status tersebut mendapat 5,277 jumlah ‘LIKE’.
Terbaru, kira-kira jam 6.55 minit petang ini, Anwar sekali lagi mengulangi pemberitahuan akan hadir ke program itu.
Read More / Baca Lagi >>