Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13: Calon DAP boleh guna logo PAS, PKR jika ada surat kebenaran - SPR

KUALA LUMPUR, 19 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai masalah jika DAP membuat keputusan untuk menggunakan logo PAS dan PKR dalam Pilihan Raya 2013 dengan syarat mereka mempunyai surat kebenaran untuk berbuat demikian, kata Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Timbalan pengerusi SPR itu mengulas keputusan DAP untuk menggunakan logo kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak menggeluarkan surat untuk menarik semula surat mereka semalam untuk tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada Disember tahun lalu seperti yang diminta oleh DAP.
“Jika itu keputusan mereka, maka calon-calon DAP perlu menyerahkan surat kebenaran pemimpin PAS dan PKR yang nembenarkan calon2 DAP menggunakan logo parti-parti tersebut esok,” kata Wan Ahmad dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
“SPR dah kata bahawa DAP boleh bertanding dan boleh guna logo partinya. Kalau DAP putuskan utk mengguna logo parti lain itu keputusan DAP,” tambah beliau lagi.
Menurut Wan Ahmad lagi, keputusan tersebut merupakan hak dan pilihan DAP, jadi SPR tidak mempunyai masalah dengan keputusan itu.
“Yang penting ialah setiap calon yang bertanding perlu ada lambang atau logo yg boleh dicetak dalam kertas undi,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913