KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menyaksikan
pertembungan calon yang mempunyai pertalian keluarga di beberapa buah
kerusi Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pertembungan paling mencuri tumpuan pastinya membabitkan adik-beradik Kitingan di Sabah di kerusi Parlimen Keningau antara Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan adiknya Datuk Dr Jeffrey daripada Parti Reformasi Negeri (Star).
Ini merupakan percubaan kedua Dr Jeffrey selepas tewas kepada abangnya pada dua pilihan raya umum sebelum ini.
Turut menarik perhatian ialah penglibatan Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan adiknya Khalid, masing-masing di Parlimen Johor Baharu dan Shah Alam.
Walaupun bersaudara, perjuangan dan ideologi politik yang berbeza membawa mereka ke gelanggang berlawanan, Shahrir akan mempertahankan kerusi Johor Baharu atas tiket BN manakala Khalid melalui PAS.
Sementara itu, di utara Semenanjung kedudukan Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah mungkin tergugat apabila bakal ditentang sepupunya, Mohd Fadzillah Mohd Ali daripada BN di kerusi DUN Sungai Limau yang disandangnya ketika ini.
Read More / Baca Lagi >>