Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tiada Calon Menang Tanpa Bertanding Dalam PRU-13

$
0
0
Oleh Mohd Sayuti Omar
Proses penamaan calon PRU-13 di seluruh negara telah pun selesai. Kesemua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak dipertandingkan. Tidak ada satu kerusi pun yang dimenangi tanpa bertanding seperti pada pilihan raya sebelum ini.

Perkembangan ini menunjukkan UBN di dalam keadaan benar-benar diasak kiri dan kanan. Selalunya ada calon-calon UBN khasnya Umno akan di istyharkan menang tidak bertanding di Johor, Sabah dan Sarawak. Tetapi kali ini tidak ada. Ini memberi gambaran bahawa UBN tidak boleh goyang kaki dan pilihan raya ini sesuatu yang memerit dan mendebarkan. UBN benar-benar ditentang dengan penuh dendam untuk ditumbangkan.

Presiden Umno Mohd Najib Razak dan timbalannya Muhyuddin Yassin juga terpaksa mengharungi pertarungan sengit di kawasan masing-masing. Mereka diasak calon-calon PKR dan PAS. Ini menunjukkan kedua sosok itu tidak dihairakan dan dimalui sesaiapa lagi. Mencabar calon Umno hari ini bukan mubah tetapi sudah wajib. Ia menjelaskan kalau mereka popular sudah tentu mereka akan diberi laluan menang tanpa bertanding.

Razaleigh diberi ucapan tahniah selepas selesai nomination.
Walaupun tidak ada mana-mana calon menang tanpa bertanding, yang menjadi kejutan dalam pilihan raya kali ini, tetapi masih tetap ada beberapa peristiwa yang mengejutkan terutamanya di pihak UBN. Antara berita mengejutkan ialah tindakan Naib Ketua Wanita, Kamalia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas untuk merebut kerusi parlimen Kuala Kangsar, Perak. Kejadian seperti ini adalah sejarah paling pahit buat Umno.

Seingat saya belum pernah sepanjang sejarah parti itu, pemimpin wanitanya yang dilihat kumpulan yang setia, jujur dan selalu bekerja kuat serta gigih kepada parti boleh bertindak melawan parti sendiri. Langkah Kamalia itu tidak syak lagi menunjukkan Umno sudah gagal untuk menjinak ahli wanitanya. Atau wanita Umno juga sudah bosan dengan parti berkenaan sehinggakan sanggup 'memakin suami' di depan ramai? Apa yang berlaku di Kuala Kangsar itu adalah gambaran bahawa wanita sudah senak dan terkedu dengan Umno. Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913