Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Hutang isi rumah negara pada paras tertinggi di Asia - Gabenor BNM

$
0
0
Bank Negara Malaysia (BNM) yakin pelbagai langkah dan pendekatan yang diperkenalkannya sejak beberapa tahun lalu adalah memadai untuk mengekalkan hutang isi rumah semasa di paras berhemat.
Pada masa ini paras hutang isi rumah negara adalah 89.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu antara yang tertinggi di Asia.
Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata hutang isi rumah adalah antara bidang yang sentiasa dipantau oleh bank pusat berkenaan.
"Ada banyak cara untuk menguruskan hutang isi rumah. Malah antara instrumen yang kita laksanakan adalah pendekatan berhemat makro dalam pelbagai bentuk.
"Kita tidak akan memberikan sebarang sasaran khusus (bagi hutang isi rumah), sebaliknya menyenaraikan apakah prinsip yang perlu dilaksanakan institusi perbankan jika mahu menjadi lebih berhemat.
"Oleh itu, mereka akan menentukan bidang mana yang mahu diberi pinjaman, sektor yang mahu diceburi serta mengguna pakai strategi mengikut perniagaan serta struktur pembiayaan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laporan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) 2016, hari ini.
Muhammad menegaskan, BNM turut melakukan pemantauan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak dan mahu membuat pinjaman mampu mendapatkan akses pembiayaan berkenaan.
"Malah keputusan BNM untuk mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini adalah untuk memastikan ekonomi Malaysia terus mencatat pertumbuhan pada suku kedua tahun ini dan untuk tempoh seterusnya.
"Semalam (Ahad), salah satu institusi perbankan utama kita mengumumkan akan mengurangkan kadar asas pinjamannya sebanyak 20 mata. Ini bagus kerana ia dapat menggalakkan pembiayaan dan peminjam mempunyai lebih wang untuk berbelanja. Ia dapat mendorong perbelanjaan dan dapat memberi manfaat kepada ekonomi," katanya.
Jelas Muhammad, bagi memastikan ekonomi terus berada di landasan kukuh, aspek penting yang perlu diutamakan adalah memastikan pekerjaan dan pendapatan terus mencatat pertumbuhan.
"Jika kita memiliki kedua-dua kriteria ini, saya rasa hutang isi rumah itu akan berada di paras berhemat. Sudah pasti kita mahu melihatnya (hutang isi rumah) terus menurun, namun selagi kedua-dua faktor ini berterusan, saya yakin kita okey.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913