Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Di Antara Senjata, Gencatan Senjata dan Perjuangan

$
0
0
Oleh Khalid Samad
Sebelum sempat dipertimbangkan secara serius dan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, ‘tawaran Gencatan Senjata’ dari Timbalan Presiden PAS kelihatan sudah seolah-olah ditarik balik. Ianya perkembangan yang mengecewakan.


Usaha menyatukan parti pembangkang dalam satu jenis kerjasama telah pada asalnya dimulakan oleh PAS sejak dahulu lagi. Antara yang paling mutakhir adalah dengan Semangat 46 pada 1990 dan Keadilan pada 1999. Pada ketika itu, PAS menganggap menjatuhkan BN dalam PRU merupakan usaha murni dan wajib demi masa depan negara.

Malangnya dewasa ini suara Timbalan Presiden sendiri disanggah dengan begitu sahaja oleh pimpinan PAS yang lain. Setakat ini yang menyatakan sokongan terbuka terhadap cadangan TITM hanya YB Iskandar, Pesuruh Jaya PAS Selangor. Ini semua adalah petanda kepada wujudnya pemikiran baharu di dalam PAS.

PEMIKIRAN BAHARU PAS

Pemikiran baharu PAS meletakkan DAP sebagai musuh utama masyarakat Melayu dan ummat Isam. Ianya pemikiran yang sealiran dengan propoganda BTN yang ditaja UMNO selama ini. Bagi PAS dewasa ini UMNO sebagai pemerintah tidak lagi digeruni dan tiada keperluan untuk ditukar. Ianya kepimpinan Melayu Islam yang boleh berkerjasama dengan PAS.

Oleh itu, bersatu dengan parti-parti pembangkang lain, termasuk DAP tidak lagi konsisten dengan pemikiran baharu ini. Apatah lagi apabila bersama DAP adalah Amanah, nemesis PAS yang baharu. Kerjasama ini tidak mampu dikuasai PAS dan tidak dilihat didominasi samada oleh PKR atau Amanah. Ia kononnya didominasi DAP. Atau paling kurang itulah yang didakwa oleh BN dan diyakini PAS.

TITM DAN PEMIKIRAN BAHARU PAS

Saya melihat TITM dan YB Iskandar serta beberapa pimpinan PAS lain, khususnya di Selangor, berada di dalam keadaan serba salah. Mereka tidak sealiran dengan pemikiran baharu ini dan oleh itu berusaha untuk membawa kembali pemikiran dan pendekatan lama. Mereka cuba suarakan pandangan bahawa UMNO/BN musuh utama yang merosakkan ummat Islam, bangsa Melayu dan merosakkan Negara. Oleh itu diperlukan ‘gencatan senjata’ dan berkerjasama demi menjatuhkan UMNO/BN menerut mereka.

Namun suara-suara mereka kedengaran semakin sumbang setiap hari apabila ianya diutarakan atas wadah PAS. Saya yakin mereka sendiri semakin sedar akan keadaan ini. Saya rasa sudah tiba masanya untuk pimpinan PAS yang melihat UMNO/BN sebagai musuh politik utama ummat Islam dan rakyat jelata untuk mengakui bahawa keadaan PAS tidak lagi seperti dahulu. Telah tiba masanya mereka mengakui bahawa mesej Islam sepertimana yang mereka bawa selama ini dan sepertimana yang ingin mereka terus bawa, iaitu Islam sebagai perjuangan menegakkan keadilan, menentang kezaliman, bebas dari perkauman dan sebagainya, tidak lagi mampu dibawa PAS.

PAS sekarang menganggap menang bersama Pakatan tidak bermakna kerana tidak dapat ‘dilaksanakan hudud’! Kalau tidak boleh laksanakan hudud maka ianya ‘bukan kemenangan Islam’ bagi mereka ini. Kemenangan di Selangor sendiri tidak lagi dihargai mereka kerana tidak dapat laksana hudud maka tiada nilai tambah kepada perjuangan Islam mengikut pandangan mereka lagi. Sambil dengan UMNO/BN ada harapan akan terbuka jalan kepada perlaksanaan hudud kerana UMNO itu Melayu Islam. Begitulah sempitnya pemikiran PAS terhadap apa itu perjuangan Islam dewasa ini.

SERUAN KEPADA TITM DAN SAHABAT SEPENDIRIAN DENGANNYA

TITM dan mereka yang melihat kepada perlunya UMNO/BN dikalahkan mempunyai sikap yang berbeza dari pimpinan PAS sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913