Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kesulitan guna pengangkutan awam bukan tanggungjawab DBKL - Datuk Bandar

$
0
0

Kesulitan guna pengangkutan awam bukan tanggungjawab DBKL - Datuk BandarKUALA LUMPUR: Orang ramai masih mempunyai pilihan untuk terus memandu kenderaan sendiri atau menaiki pengangkutan awam ekoran kenaikan kadar bayaran parkir di sekitar Kuala Lumpur.

Namun tegas Datuk Bandar, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin, sebarang kesulitan yang dihadapi ketika menggunakan perkhidmatan itu bukanlah di bawah tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebaliknya memberitahu, ia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan sementara DBKL hanya melaksanakan tanggungjawab menjaga parkir.

"Yang saya nak kawal adalah penggunaan parkir supaya orang ramai tak menggunakannya seperti milik mereka seorang sahaja.

"Tak ada kena mengena. Saya tak nampak hubung kaitnya," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI.

Katanya, pengguna sepatutnya sudah bersedia dengan situasi ini kerana pengumuman tentang pelaksanaannya sudah diuar-uarkan kira-kira sebulan yang lepas oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Ia adalah dasar yang dibuat oleh kementerian. Kita hanya melaksanakannya sahaja," ujarnya.

Pada masa sama, beliau yakin pengguna tetap menggunakan tempat parkir di sekitar ibu kota walaupun kadar cajnya dinaikkan sehingga 150 peratus.

'Masih murah'

Bagi Mhd Amin, kenaikan daripada 80 sen kepada RM2 sejam adalah masih murah, malah memberitahu dirinya juga tidak dapat mengelak daripada membayar dengan kadar tersebut kerana menggunakan tempat parkir yang disediakan.

DBKL sebelum ini memberi alasan kenaikan itu adalah bagi menggalakkan kira-kira sejuta pemandu solo menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke tempat kerja.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913