Pesuruhjaya Pas Selangor itu melalui facebooknya menulis, ada yang perli konon mereka yang nak pertahankan kerajaan negeri Selangor sebab sayangkan jawatan. Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Samad menyifatkan pihak yang membuat kenyataan kononnya wakil rakyat di Selangor yang mempertahankan kerajaan negeri sebab sayangkan jawatan sebagai pihak yang duduk dalam perigi buta.
"Jawab saya mereka yang buat andaian ini duduk dalam perigi buta sejak 2008. Tak nampak langsung manfaat kepada Islam dan rakyat sejak 2008," tulis beliau dalam facebooknya.
Iskandar dipercayai menjawab dakwaan ulama Pas yang mendakwa ada pihak yang 'sayangkan jawatan' di Selangor.
Ini ekoran tindakan para wakil rakyat Pas di Selangor menyokong pendirian timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan genjatan senjata di kalangan pembangkang bagi melawan Umno dan BN.
Iskandar sebelum ini telah membuat kenyataan menyokong saranan Tuan Ibrahim itu namun tidak disenangi oleh banyak pihak dalam Pas yang mahu kekal tidak mahu berbincang khasnya dengan DAP dan Amanah.
Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."
"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."
Najhan menyenaraikan 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat Pas Selangor itu.
Read More / Baca Lagi >>