KUALA LUMPUR 19 JULAI: KEADILAN mendesak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz berhenti melakukan dasar yang membawa kesusahan kepada rakyat seperti menaikkan kadar caj tempat letak kereta di ibu negara.
Kenaikan sehingga 150 peratus yang dikenakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula semalam itu membabitkan kawasan Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tindakan mengejutkan itu jelas menzalimi keluarga miskin dan anak muda.
“Saya menggesa Datuk Amin dan Kementerian Wilayah Persekutuan berhenti mengeluarkan kenyataan atau dasar yang mendatangkan impak serius seperti ini.
“Biapun Datuk Amin dan ahli Badan Penasihat memegang jawatan masing-masing tanpa dipilih pengundi, namun orang ramai masih perlu dirujuk dalam proses penggubalan dasar,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Lembah Pantai itu dalam kenyataan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mendakwa, tindakan tersebut dibuat bagi mengalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Dasar kenaikan itu dilaksana genap setahun selepas Amin Nordin dilantik sebagai Datuk Bandar KL yang baru iaitu pada 18 Julai 2015.
Beliau menggantikan Tan Sri Ahmad Phesal Talib yang tamat tempoh kontraknya pada 17 Julai 2015.