Pemimpin Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Selangor hadir bersama hampir 100 penyokong di Bangunan SUK, petang ini.
SHAH ALAM: PAS hari ini mengadakan protes membantah keputusan kerajaan Selangor membenarkan penganjuran konsert Selena Gomez, namun kelibat pimpinan utama PAS negeri tidak kelihatan.
Bantahan itu sekadar disertai pemimpin Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Selangor bersama hampir 100 penyokong di Bangunan SUK, petang ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, adun dan exco PAS negeri tidak memberi kata muktamad terhadap bantahan itu.
“Dalam hal ini, mereka tidak menyatakan tidak atau mengatakan ya terhadap bantahan ini. Jadi, kita hanya mewakili dewan sahaja,” katanya.
Memorandum bantahan itu diserahkan kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Mohd Shahrizal Mohd Salleh yang berjanji akan menyampaikan hasrat tiga sayap PAS Selangor itu kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Hanafi berkata, tindakan membantah keputusan kerajaan negeri tidak dihalang Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ridzuan Rahmat berkata, pihaknya sedih kerana menteri besar yang merupakan penganut Islam memandang remeh isu itu.
Read More / Baca Lagi >>