Tan Sri Annuar Musa mengucapkan “selamat berjaya” kepada pihak yang cuba memalitkan perdana menteri selepas Amerika Syarikat (AS) memulakan usaha menyita aset 1MDB.
“Sekali lagi kita ucap selamat berjaya pada pembangkang. Mereka boleh terus mencubanya dengan cara mereka.
“Kerajaan ada cara kerajaan.“Umno ada cara Umno,” kata Ketua Penerangan Umno itu dalam sidang media selepas melancarkan pusat perniagaan Mara Digital 2 di Shah Alam hari ini.