Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Menteri Umno: 1MDB tak pernah kata wangnya hilang, dicuri

$
0
0
Dalam perkembangan mengejutkan berhubung kemelut 1MDB yang berlarutan, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, semalam memfailkan saman sivil untuk merampas aset AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi antarabangsa serta didakwa sebagai penggubahan wang haram melalui firma pelaburan negara itu.
Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tindakan itu berdasarkan aduan yang difailkan oleh pihak ketiga, dan mereka yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bukannya pihak-pihak yang terjejas.
"Pihak yang terjejas dalam kes ini adalah 1MDB dan Amerika Syarikat berkata ia bertindak berdasarkan wang dicuri atau dipindahkan secara haram daripada 1MDB.
"Oleh itu, jika ada aset atau wang yang dirampas di Amerika Syarikat, kemudiannya, wang berkenaan akan dikembalikan kepada 1MDB.
"Masalahnya, 1MDB sendiri berkata wangnya tidak hilang mahupun dicuri daripadanya," katanya dalam tulisan di blog.
Salleh berkata pengumuman DOJ menimbulkan kekeliruan kerana maklumat lanjut yang tidak mencukupi.
"Ini adalah saman sivil dan bukannya tindakan jenayah walaupun ini tidak bermakna bahawa kemudian nanti, ia juga boleh meliputi tindakan jenayah jika cukup bukti jenayah diperoleh," katanya.
Menteri itu berkata jika Amerika Syarikat memilih saman jenayah maka beban untuk membuktikan kesalahan akan terletak di bahu pendakwa.
"Dalam kes ini mereka memilih saman sivil dan selepas membeku atau merampas aset tertuduh, tertuduh perlu membuktikan bahawa aset-aset itu adalah sah dan tidak diperoleh secara haram.
"Ini memindahkan beban untuk membuktikan daripada pendakwa ke atas tertuduh," katanya.
Menteri: Amerika ada kalanya terburu-buru
Mengimbas sejarah, Salleh berkata Amerika ada kalanya terburu-buru dalam membuat keputusan atau bertindak dan kemudian apa yang didakwa itu terbukti tidak betul.
Beliau memberi contoh kes pencerobohan Iraq pada tahun 2003 kerana mempercayai bahawa rejim Presiden Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah secara besar-besaran.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913