Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Skandal 1MDB: Pembangkang beri kata dua, amaran 'aksi' 30 Julai

$
0
0
Susulan pengumuman menggemparkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB, pembangkang petang ini mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan.

Perkara itu, adalah supaya perdana menteri bercuti, menasihati penubuhan suruhanjaya diraja kepada Yang di-Pertuan Agong serta memanggil sidang parlimen tergempar.
Menurut mereka, Datuk Seri Najib Razak perlu bercuti segera susulan tanggapan beliau mempunyai kuasa ke atas agensi utama penguatkuasaan kerajaan.

Dalam kenyataan bersama, Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata, jika “kata dua” itu gagal dipenuhi, mereka akan menggerakkan rakyat untuk “tindakan politik” pada 30 Julai depan sebagai tandan protes.

Setakat ini tidak jelas jenis tindakan politik itu atau sama ada ia sebuah himpunan bantahan.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencadangkan sebuah himpunan bagi mendesak pengunduran Najib manakala BERSIH pula dikatakan sedang mempertimbang tindakan sama.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemangku pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.
DOJ semalam mengumumkan langkah untuk menyita aset berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB – yang bakal menjadi rampasan terbesar dalam sejarah AS.
Selain mendakwa wang 1MDB telah “dicuri”, beberapa individu dikaitkan termasuk Riza Aziz, anak tiri Najib, dan Jho Low serta “Malaysian Official 1” – yang menurut pemimpin pembangkang merujuk kepada Najib.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913