Oleh MOHAMED NAWAB MOHAMED OSMAN
Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei, 2013 nanti dijangka menyaksikan s
aingan
paling sengit sejak merdeka antara Barisan Nasional yang memerintah
dengan gabungan pembangkang. Satu kumpulan penting yang akan mempunyai
pengaruh signifikan terhadap keputusan pilihan raya nanti ialah pengundi
muda yang merupakan 30 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Gabungan yang dapat menarik sokongan pengundi muda bakal menawan
beberapa buah negeri dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya. Pengundi muda
dalam hal ini mungkin akan menjadi penentu masa depan politik Malaysia.
Persaingan untuk undi orang muda boleh difahami dengan lebih jelas lagi
melalui analisis pecahan pengundi berdasarkan umur. Angka Suruhanjaya
Pilihan Raya menunjukkan 70 peratus daripada 4.2 juta pengundi tidak
berdaftar ialah mereka yang berumur antara 21 hingga 40. Sekitar 450,000
orang mencapai umur 21 tahun setiap tahun, usia layak mengundi. Pada
2008, pengundi muda berperanan penting dalam mengalihkan undi kepada
parti-parti pembangkang. SPR telah mendaftarkan 2.4 juta pengundi baharu
sejak setahun lalu, atau 30 peratus daripada jumlah yang layak
mengundi.
Satu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya
(UMCEDEL) mendapati 48 peratus pengundi kali pertama belum memutuskan
untuk mengundi mana-mana parti. Tinjauan ini juga menunjukkan perbezaan
tipis sokongan kepada kedua-dua gabungan (BN pada 42 peratus dan Pakatan
Rakyat pada 37 peratus), corak pengundian pengundi atas pagar ini bakal
menjadi penentu keputusan pilihan raya. Ini menjadikan undi orang muda
semakin penting. Perkembangan ini dilatari peningkatan usaha kedua-dua
gabungan BN dan PR untuk memenangi pengundi muda.
Read More / Baca Lagi >>