Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Faiz: Saman sita aset 1MDB adalah prosedur kes jenayah

$
0
0
Ramai pihak sebenarnya terkeliru dengan perkataan 'sivil' dan 'jenayah', kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah
Faiz-Fadzil
PETALING JAYA: Saman sita aset berkaitan 1MDB yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru ini merupakan prosedur kes jenayah, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah.
Faiz Fadzil dalam satu kenyataan berkata ramai pihak sebenarnya terkeliru dengan perkataan ‘sivil’ dan ‘jenayah’ kerana rakyat tidak faham undang-undang bertulis Amerika Syarikat, atau US Code (USC).
Malah, perkataan ‘sivil’ sengaja ditekankan menteri kerajaan dan pimpinan Umno untuk menunjukkan yang tindakan yang diambil DoJ tidaklah serius kerana ia bukanlah tindakan jenayah, tambahnya.
“Adakah rakyat masih lagi boleh ditipu dan diperdayakan dengan cara membodohkan minda rakyat yang tidak celik undang-undang,” kata Faiz menjawab kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Undang-undang Datuk Seri Azalina Othman baru-baru ini.
Faiz berkata hakikat prosedur ini diketuai Bahagian Jenayah Peguam Negara AS mendedahkan sifat sebenar tindakan itu.
Menurutnya, mereka menggunakan Title 18 US Code Section 981 (18 USC 981) iaitu penyitaan sivil untuk menyita harta alih atau tidak alih yang dipercayai hasil daripada kegiatan jenayah ataupun pengubahan wang haram, berdasarkan Title 18 US Code Section 1956 (18 USC 1956).
“Title 18 US Code adalah Undang-Undang Jenayah dan Prosedur Undang-Undang Jenayah. Di Malaysia kita menggunakan Penal Code (Kanun Keseksaan) dan Criminal Procedure Code (Kanun Acara Jenayah),” jelas Faiz.
Semalam, Azalina berkata pembangkang tidak faham saman DoJ itu, yang menurut Annuar merupakan saman sivil yang “secara jelas di situ 1MDB atau Perdana Menteri tidak terkait dengan apa yang mereka (DoJ) sedang lakukan (tindakan undang-undang)”.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913