Malaysia menyambut baik usaha DOJ Amerika Syarikat memerangi rasuah antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memandang serius tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman pelucutan hak sivil yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata Malaysia menyambut baik usaha DOJ Amerika Syarikat dalam memerangi rasuah antarabangsa dan menggesa semua pihak terlibat supaya memberi kerjasama sepenuhnya supaya proses undang-undang dapat dilaksanakan.
Katanya, Malaysia sebagai anggota bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat global, menghormati proses perundangan bagi bidang kuasa yang berbeza dan kekal komited sepenuhnya dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
“Seperti dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ini selaras dengan komitmen kami untuk menggalakkan tadbir urus yang baik, terutamanya daripada segi ketelusan dan akauntabiliti.
DOJ Amerika Syarikat memfailkan saman sivil itu bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB, yang didakwa diselewengkan.
Zahid berkata mana-mana individu atau syarikat Malaysia yang didapati terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang di mana-mana sahaja di dunia, bakal berdepan dengan tindakan perundangan.
Menurutnya kerajaan Malaysia komited menyelesaikan isu itu sepenuhnya dan keutamaan diberikan kepada usaha menegakkan keadilan bagi memastikan kepentingan rakyat dilindungi sepenuhnya.
“Apa yang lebih penting ialah kita tidak boleh membiarkan diri kita terjejas dengan tindakan undang-undang itu.
“Rakyat Malaysia perlu terus bersatu dan memberi tumpuan dalam menghadapi cabaran yang mendepani negara kita sama ada di tanah air atau di luar negara. Saya yakin, kita dapat mengatasi masalah 1MDB tidak lama lagi,” katanya.

“Dalam kapasiti saya sebagai menteri dalam negeri, saya boleh mengesahkan siasatan itu masih dijalankan dalam negara oleh pihak berkuasa yang berkaitan terutamanya PDRM,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.