Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Penyelewengan 1MDB juga suatu maksiat

$
0
0
Seorang muslim mempercayai bahawa Islam merupakan sebuah agama yang menyeluruh sifatnya. Muslim juga maklum Islam tidak terhad soal ibadah seperti solat, zakat dan puasa tetapi juga meliputi hal-ehwal kemasyarakatan, politik, ekonomi dan lain-lain.
Hal ini dapat dilihat dalam puluhan ayat Quran mahupun hadis yang bukan sahaja menyentuh berkaitan amalan ibadah tetapi juga menyentuh tentang rukun kemasyarakatan, soal politik dan pentadbiran, menolong orang miskin, membela orang yang dizalimi serta menegah orang yang melakukan kezaliman.
Islam juga mengajar kita bahawa maksiat itu bukan sahaja berzina, sepasang kekasih berpegang-tangan dan mendengar muzik-muzik yang tidak sihat. Namun konsep maksiat yang sebetulnya adalah segala perkara yang dilarang dan ditegah oleh Allah SWT dan tidak sahaja terhadap pada perkara-perkara di atas tadi.
Maka sekiranya kita memahami konsep maksiat yang sebenar, kita akan mengetahui bahawa menyalah guna kuasa itu juga maksiat, rasuah itu juga maksiat serta mencemarkan alam juga adalah maksiat.
Antara konsep penting dalam agama Islam adalah menyuruh kepada perkara kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar. Maka maksiat merupakan antara perkara yang mungkar dan wajib dicegah serta dihalang.
Isu-isu bulan ini
Dalam sebulan ini, kita disibukkan dengan isu fatwa kafir harbi oleh seorang mufti terhadap golongan bukan Islam yang tidak bersetuju dengan usul RUU 355 yang dibawa oleh Presiden PAS di parlimen.
Fatwa ini sudah tentu menimbulkan kegusaran kebimbangan dalam kalangan masyrakat bukan Islam, lebih-lebih lagi fatwa ini muncul selang beberapa hari selepas Negara Islam (IS) memuat-naik video yang menyeru secara terang-terangan agar membunuh golongan yang menghalang IS.
Fatwa ini kemudiaan menjadi topik perdebatan hangat antara ahli-ahli politik dan juga antara agamawan yang menyokong dan mengkritik fatwa ini. Beberapa agamawan yang tidak bersetuju dengan fatwa ini kemudiannya membuat penjelasan dan pencerahan terhadap isu ini seperti Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Dr Maszlee Malik dan juga Dr Rozaimi Ramlee.
Minggu ini pula, negara kita ribut seketika ekoran tindakan kerajaan negeri Selangor yang membenarkan penganjuran konsert penyanyi terkenal antarabangsa, Selena Gomez di Stadium Malawati, Shah Alam.
Penganjuran konsert ini mendapat bantahan daripada sebahagian NGO dan kumpulan islamis atas beberapa alasan seperti penyanyi terlalu seksi, mencemar kemuliaan bulan Syawal dan membawa budaya hedonisme kepada pemuda-pemudi negara kita.
Maka pelbagai kempen bantahan dilakukan bagi mendesak kerajaan negeri Selangor membatalkan penganjuran konsert ini antaranya demostrasi dan penyerahan memorandum bantahan oleh Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Selangor.
Tidak cukup dengan itu, masjid-masjid di Selangor juga telah diseru untuk melaksanakan Solat Hajat bagi memohon agar konsert tersebut dibatalkan.
Beberapa hari lepas pula, negara digemparkan pula dengan pendedahan skandal bernilai billion ringgit melibatkan sebuah syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Amerika Syarikat.
Skandal ini didalangi oleh beberapa individu besar, antaranya individu yang disebut sebagai Malaysian Officer 1.
Pendedahan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat lebih-lebih apabila wang rakyat yang diseleweng ini digunakan untuk melangsaikan hutang judi.
Marilah bermuhasabah
Tulisan ini bukankah bertujuan untuk membahaskan dengan panjang lebar isu-isu di atas. Tulisan ini hanya mahu menimbulkan beberapa persoalan di sebalik isu ini dan mengajak kita semua untuk bermuhasabah.
Dalam isu fatwa kafir harbi misalnya, kita tidak bersetuju dengan fatwa ini dan tidak melihat keperluan kepada fatwa ini lebih-lebih lagi istilah kafir harbi sudah tidak lagi bersesuaian dengan situasi dunia hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913