Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Mat Said terhina diberi jawatan timbalan exco oleh Ahmad Razif

$
0
0
Beliau berkata pemberian jawatan itu juga sangat memalukan untuknya yang pernah memegang jawatan sebagai menteri besar Terengganu.
ahmad-said
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau menolak tawaran jawatan sebagai timbalan exco baru-baru ini kerana merasakan ia seperti satu ‘penghinaan’ buatnya.
“Cuba anda bayangkan sendiri. Macam saya, sudah jadi menteri besar dan tiba-tiba lantik jadi timbalan exco. Awak nak ke? ‘Down grade’. Memalukan. Menghina,” katanya ketika mengulas mengenai tindakannya itu.
Ahmad atau dikenali sebagai Mat Said sebelum ini menolak pelantikan sebagai timbalan exco yang diumumkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.
Dalam rombakan portfolio exco kerajaan negeri itu, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan.
Ahmad berkata, walaupun belum menerima surat pelantikan secara rasmi dan hanya mengetahui namanya tersenarai sebagai timbalan exco, beliau tidak bersetuju dengan pelantikan itu.
Sementara itu, Mat Said berkata beliau akan terus bersama Umno selagi parti Melayu itu tidak memecatnya.
Bagaimanapun, katanya jika Umno merasakan tindakannya melanggar peraturan parti, Umno berhak untuk memecatnya.
“Buat masa ini, saya masih lagi ahli Umno dan wakil rakyat BN. Jika saya tidak dipecatlah. Kalau saya buat sesuatu dan rasa saya langgar peraturan, pecat saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Sebelum ini, Ahmad memutuskan menyertai Perkasa.
Ahmad yang meletakkan jawatan menteri besar dua tahun lalu kini dilantik yang dipertua Perkasa Terengganu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913