Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Akta 355: Menteri Umno akan bawa ke peringkat seterusnya – Takiyuddin

$
0
0
Kita lihat mereka sudah bersedia ambil alih dan meneruskan sehingga penghujung proses, katanya.
Takiyuddin-Hassan
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata pindaan Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah akan dibawa ke peringkat seterusnya.
Katanya, menteri yang bertanggungjawab untuk membawa usul itu ke peringkat akhir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Pada awalnya usul itu dibawa Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kemudian proses seterusnya akan diteruskan oleh menteri yang bertanggungjawab dalam perkara itu sehingga ke penghujung proses berkenaan.
“Kita lihat mereka sudah bersedia ambil alih dan berterusan sehingga penghujung proses,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Perkasa.
Sebelum ini, Hadi yang juga presiden PAS membentangkan rang undang-undang persendirian iaitu pindaan kepada Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat bagi memperkasa dan memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, pembentangan itu dibantah DAP yang berpandangan tidak boleh wujud dua sistem berbeza untuk orang Islam dan bukan Islam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913