KUALA LUMPUR 19 Dis: Aliran wang haram hampir RM200 bilion mengalir
keluar pada 2010 yang meletakkan negara di tempat kedua di belakang
kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global menunjukkan
jenayah ini semakin membarah pada era pemerintahan Najib Razak.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kegagalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan kerajaan Umno BN bertindak menangani kepincangan tersebut membuktikan mereka bersekongkol dalam aktiviti itu.
“Ia disokong aktiviti haram terbaru iaitu kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, pemimpin Umno Sabah. Ini belum lagi mengambil kira (pengaliran wang) ketika pembelian kapal selam Scorpene.
“Malah, jumlah wang keluar itu melebihi jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kerajaan sepatutnya sudah tekan ‘butang kecemasan’, tapi tidak (berbuat demikian). Inilah bukti mereka sendiri bersekongkol,” katanya ketika dihubungi.
Badan pemantau – Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington – dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata, tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Read More / Baca Lagi >>