Langkah diambil susulan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan aduan penyitaan sivil terhadap entiti dan individu tertentu.
PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memutuskan penyata kewangan syarikat yang diaudit bagi tahun 2013 dan 2014 harus digunakan oleh mana-mana pihak.
Menyifatkan keputusan itu sebagai langkah berjaga-jaga, ia “sehingga mahkamah undang-undang memutuskan fakta-fakta tertentu yang didakwa itu, seperti yang digambarkan dalam aduan, secara muktamad dan tidak ada pertikaian.”
Pada 20 Julai lalu Peguam Negara Amerika Syarikat mengumumkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan aduan penyitaan sivil terhadap entiti dan individu tertentu.
Pada masa yang sama DoJ memfailkan tindakan undang-undang berkaitan untuk menyita aset-aset tertentu yang dipegang atas nama pihak terbabit.
“Lembaga Pengarah 1MDB sudah mengkaji dan mempertimbangkan kandungan aduan itu.
“Sementara pihak lembaga kekal yakin tidak ada salahlaku dibuat oleh 1MDB dan penyata kewangan diaudit sebelum ini memaparkan hal ehwal syarikat secara betul dan adil bagi tempoh berkaitan, lembaga memutuskan, sebagai langkah berjaga-jaga, penyata kewangan diaudit 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 tidak harus digunakan oleh mana-mana pihak, sehingga mahkamah undang-undang memutuskan fakta-fakta tertentu yang didakwa itu, seperti yang digambarkan dalam aduan, secara muktamad dan tidak ada pertikaian.”
Read More / Baca Lagi >>