MALAYSIAN OFFICIAL 1:NAJIB KENA NAFI BUKAN NAJIB DAN NAJIB BUKAN BERTARAF HIGH RANGKING OFFICIAL IN MALAYSIAN GORVERMENT.
Oleh DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
1.Saya terkejut bila PM Najib minta mereka yang dinamakan dalam dalam dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengambil tanggung jawab membersihkan nama mereka dan pastikan tiada wang rakyat disalah guna.Kenyataan PM Najib itu mahu mereka yang disebut nama dalam dokumen mahkamah di Amerika Syarikat mesti tampil menjelas kepada awam dan mahkamah aset dan wang yang mereka perolehi dan miliki bukan dicuri dari 1MDB.
2.Persoalannya bersediakah Najib membersihkan dirinya dari dokumen tersebut.Walaupun nama Najib tidak disebut secara jelas tetapi gambaran Peguam Negara Amerika Syarikat (deskripsi) yang terkandung dalam dokumen tersebut jelas mengaitkan Malaysian Official 1 adalah Najib. Malaysian Official 1 disebut sebanyak 36 kali dalam dokumen mahkamah Amerika Syarikat.Dalam perkara 28 muka surat 11 dari dokumen setebal 136 muka surat sangat jelas memberi maksud siapa Malaysian Official 1.
SAYA BUKAN PM MALAYSIA SAYA PENGERUSI JKKK KG PELAK MUKIM LEPAR DUN PULAU MANIS PEKAN PAHANG.
3.Perkara 28 dimuka surat 11 menyatakan Malaysian Official 1 ialah seorang yang 'High Ranking Official in the Malaysian Government'.Perkara 29 disebut Riza Shariz Abd Aziz sebagai A Relative Of Malaysian Official 1. Najib perlu menafikan Malaysian Official 1 bukan dirinya dan dia bukan Pegawai awam paling tinggi dalam kerajaan Malaysia atau dalam erti kata lain Najib kena menyatakan dia bukan PM Malaysia.Najib kena menyatakan dia hanya bertaraf pengerusi JKKK Kampung PELAK Mukim LEPAR Dun PULAU MANIS PEKAN Pahang.Najib juga kena menyatakan yang Riza Shariz Abd Aziz anak kandung Rosmah Mansur dengan bekas suaminya tiada apa apa hubungan dengan Najib.Mungkin Riza hanya seorang kelandangan di Amerika.
Read More / Baca Lagi >>