Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia tidak lebih sekadar permainan minda kerana dalam soal melibatkan 1MDB, kerajaan sebenarnya amat berhati-hati menanganinya.
"Tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan saman sivil bagi merampas aset di negara tersebut yang disyaki diperoleh daripada sumber wang 1MDB ternyata menarik perhatian banyak pihak dalm negara kita.
"Pelbagai pihak mengeluarkan berbagai-bagai kenyataan, tafsiran dan ramalan termasuk wartawan tetapi kekal sebagai satu ramalan," ujarnya dalam satu kenyataan petang tadi.
Menurut Annuar, bagi pemimpin politik pembangkang pula akan membuat telahan mereka yang lazimnya menguntungkan perjuangan masing-masing.
"Bagi UMNO pula, kita memilih untuk melihat kepada realiti dan akan berhati-hati menangani setiap isu yang datang mengikut landasan undang- undang dengan menjaga kepentingan lebih besar iaitu rakyat dan negara.
UMNO, katanya, memandang serius dakwaan DOJ dan sedang menelitinya secara terperinci dan dakwaan parti memandang remeh mengenainya tidak benar sama sekali.
"UMNO dan BN berpendirian untuk berkerjasama dengansemua pihak dan autoriti yang sah agar penyiasatan dapat dijalankan segera dan proses mahkamah berjalan dengan adil dan menurut undang-undang. Proses ini memakan masa dan sebarang sikap prejudis atau spekulasi adalah tidak diperlukan," tegasnya lagi.
UMNO dan kerajaan juga tidak akan menarimengikut rentak yang dipalu sesetengah pihak yang mencari laba politik menggunakan isu yang sama.
Read More / Baca Lagi >>