Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13: Muhamad Taib jelajah jumpa rakyat seluruh Selangor

$
0
0

( TS Muhamad diserbu wartawan di pintu Pejabat Agung PAS tengahari tadi)

KUALA LUMPUR: Selepas menyerahkan borang menyertai PAS semalam, bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib mempunyai jadual yang sangat padat.

Hampir setiap malam dan siang beliau mempunyai acara penuh sehinggalah hari pilihan raya umum 5 Mei depan.

Semasa mengumumkan penyertaan ke dalam PAS semalam, Muhamad berjanji akan turun ke kampung-kampung seluruh Selangor bagi bertemu dan bercakap dengan rakyat.

Sebaik sahaja selesai penyerahan borang semalam, beliau di wawancara oleh akhbar Sinar Harian.

Malam tadi beliau memberikan ceramah pertama di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang disertai hampir 10,000 orang.

(Muhamad dan Tamrin mengajak ahli Umno khasnya yang dipecat untuk membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan tengahari tadi)

Hari ini, beliau dijadual memenuhi program di Sepang dan Putrajaya, tempat dua tokoh PAS bertanding.

Di Sepang, peguam Mohamad Hanipa Maidin akan bertembung dengan calon BN di samping dua AJK Bahagian Umno yang bertanding atas tiket bebas.

Di Putrajaya Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bertembung satu lawan satu dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913