Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

‘Pilihan raya negeri awal akan diadakan tahun ini’ - LGE

$
0
0
Lim Guan Eng berkata, pilihan raya awal tidak wajar ditangguhkan, sebaliknya perlu diadakan dalam "tempoh munasabah".
guan eng snap
PETALING JAYA: DAP tidak akan tunggu sehingga tahun depan untuk mengadakan pilihan raya awal di Pulau Pinang, kecuali berlaku situasi khas.
Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng yang dipetik Oriental Daily dan Sin Chew Daily berkata, pilihan raya awal tidak wajar ditangguhkan, sebaliknya perlu diadakan dalam “tempoh munasabah”.
Pun begitu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau tidak mahu membuat spekulasi sama ada PKR menerima cadangan mengadakan pilihan raya awal, sebaliknya akan terus mengadakan perbincangan sehingga semua parti komponen dalam Pakatan Harapan mencapai kata sepakat.
“Kita tidak akan membuat keputusan berseorangan. Oleh itu, tentu kita akan terus berbincang tetapi tentu ia tidak boleh terlalu lama, sekiranya terlalu lama maka tidak praktikal.
“Kami harap dapat terus berbincang dan meyakikan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan berdasarkan sikap saling hormat-menghormati,” katanya yang enggan menyatakan “tempoh munasabah” itu.
Dalam perkembangan sama, Lim dalam sidang media di Komtar hari ini berkata, DAP yakin dapat mempertahankan Pulau Pinang sekarang, “malah dalam tempoh dua tahun akan datang juga” bagi menepis dakwaan ia cadang mengadakan pilihan raya awal kerana tidak yakin dapat menang pada pilihan raya umum akan datang.
Tegasnya, DAP sebenarnya bimbang akan kehilangan kerusi pada pilihan raya awal, namun parti itu berpendapat ia adalah risiko yang berbaloi kerana yakin pengundi masih menyokong Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913