1. Khairul Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam sidang media di balai polis pada 26 july 2016 selepas beliau membuat laporan polis terhadap tiga Tan Sri menyatakan dengan jelas yang dia mewakili Pemuda Umno. Dalam erti kata lain *budak Khairul buat laporan polis terhadap tiga Tan Sri dalam pengetahuan dan pesetujuan Pemuda Umno serta dalam pengetahuan Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno*. Khairy Jamaludin adalah ahli mesyuarat MT Umno yang bertaraf Naib Presiden.
2. PM Najib kurang pendengaran ka sehingga berkata laporan polis yang budak Khairul buat atas sifat peribadi. Bukan atas nama Umno. *Najib jangan memperbodohkan rakyat. Najib dan Umno jangan cuba untuk memisah diri dari laporan polis yang budak khairul buat*.
3. Tolonglah mengaku yang budak Khairul buat *laporan polis atas restu Najib dan Umno untuk melindungi dan mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu perompak negara yang memiliki kekayaan hasil penyelewengan dan pencurian wang 1MDB* kepada isu kononnya ada pegawai dan bekas pegawai tinggi kerajaan nak guling PM Najib dan kerajaan Malaysia dengan menjual maklumat kepada Amerika Syarikat.
4. Persoalan yang timbul kenapa Najib sendiri yang bagi kenyataan dan tidak dua Naib Presiden. Kenapa Najib ambil masa hari ke 4 selepas laporan dibuat untuk buat kenyataan. Kenapa Khairy Jamaludin (KJ) Ketua Pemuda Umno hanya menyatakan tindakan laporan budak Khairul Naib ketua Pemuda Umno tiada kena mengena dengan Umno dan Pemuda Umno dan itu hal peribadi budak Khairul sehari selepas Najib. *Kenapa Khairi tidak menyatakan pendirian selepas budak Khairul buat laporan Polis pada 26 July 2016*. Kenapa 30 July 2016 baru buat kenyataan. Kenapa tunggu Najib buat pendirian dahulu. Jelas *Pemuda Umno hanya jadi pak turut, tak ada telur*.
5. Pemuda Umno tidak membawa suara keberanian anak muda. Pemuda Umno tidak menghayati pepatah berani kerana benar. *Pemuda Umno berdiri atas takutkan dedak tidak melimpah ke mulut*. Umno dan Pemudanya takut dengan *gelombang kemarahan rakyat khususnya pegawai kerajaan yang merasai mereka tidak lagi dilindungi walaupun kerja betul yang mereka lakukan seperti yang dilakukan oleh tiga Tan Sri*.
Read More / Baca Lagi >>