Semalam, Najib Razak memberitahu tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz adalah atas kapasiti peribadinya.
Kata beliau, sesiapa jua yang mempunyai maklumat atas sesuatu perkara berhak untuk berbuat demikian.
Kharul Azwan, Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap tiga individu terbabit kerana didakwa terbabit dalam konspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri dengan menyalurkan maklumat dan dokumen tertentu kepada pihak asing.
Gani Patail menafikan dakwaan tersebut dengan menganggapnya bertujuan mencari publisiti. Beliau juga sudah melantik peguam dan sedang dalam pertimbangan untuk menyaman Khairul Azwan.
Abu Kassim pula telah mendapat nasihat peguam dan dinasihatkaj tidak memberi apa-apa ulasan buat waktu itu.
Dr Zeti belum diketahui tindakan yang akan dilakukan selanjutnya, cuma ada menyatakan beliau tidak akan bercakap mengenai laporan polis itu tanpa kehadiran peguamnya.
Setelah beberapa hari berdiam diri, hari ini Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengatakan tindakan naibnya itu adalah bersifat individu dan bukan merupakan pendirian Pemuda UMNO.
Ia adalah tindakan individu yang mempunyai maklumat tertentu yang sudah pun dikongsi dengan pihak polis, tambahnya lagi.
Mengapa Najib dan KJ tidak mahu memikul tanggungjawab bersama terhadap laporan polis itu sedangkan Khairul Azwan adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia?
Benarkah KJ tidak dimaklumkan langsung sebelum naibnya itu membuat laporan polis sedangkan sehari sebelum laporan itu dibuat telah berlangsung mesyuarat Exco Pemuda UMNO?
Read More / Baca Lagi >>