Noh menyerang ahli Parlimen DAP yang dituduhnya tidak faham urusan PIBG.
PUTRAJAYA: Tan Sri Noh Omar hari ini mempertahankan cadangannya mahu mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah di Selangor mengutip derma disebabkan dana kerajaan persekutuan tidak mencukupi.Beliau membidas Ahli Parlimen Segambut, Lip Lim Eng, yang mempersoalkan cadangan itu sebagai “tidak masuk akal” kerana menjadi tanggungjawab kerajaan membelanjakan wang menyelenggara sekolah.
“Saya cadang hari tu, PIBG mengadakan program mencari dana seperti yang dilakukan oleh sekolah sifir,” kata Noh, yang dilantik sebagai menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan bulan lalu.
“Jadi, dia (Lim) ni tidak pernah jadi pemimpin PIBG, mana dia erti bahasa,” katanya dalam sidang media di Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia Putrajaya.
Katanya, PIBG boleh menganjurkan aktiviti seperti sambutan Hari Keluarga atau jualan jumbo bagi mendapatkan dana.
“Saya nak beritahu Ahli Parlimen Segambut kalau tidak faham jangan cakap,” tambah Noh.
Noh, yang juga bekas timbalan menteri pelajaran, berkata kebiasaannya PIBG akan dibantu kerajaan persekutuan.
Lim berkata Belanjawan 2016 sudah banyak mengurangkan peruntukan untuk sektor pendidikan, tetapi pada masa sama menambah dana untuk Jabatan Perdana Menteri daripada RM19 bilion tahun lalu kepada RM20.3 bilion.
“Kerajaan sewajarnya mengambil sebahagian daripada peruntukan RM20.3 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri untuk digunakan bagi tujuan penyelenggaraan sekolah,” katanya.