Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Khairy sanggup jadi ‘macai’ Najib sebab dia nak ‘hidup’

$
0
0
Pengakuan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang sanggup menjadi ‘balaci dan macai’ untuk mempertahankan presidennya Datuk Seri Najib Razak jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tiada prinsip.
Dengan latar belakang pendidikan yang baik dan sedikit berbeza berbanding pemimpin UMNO yang lain, kenyataan itu kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook telah menonjolkan wajah sebenarnya.
“Sebagai seorang yang berlatar pendidikan yang baik, kita lihat selama ini Khairy Jamaluddin tonjol imej yang berlainan, dia nak tunjuk progresif, tegas dan membawa nafas baru dalam UMNO.
“Tetapi apabila kenyataan itu dibuat dia jelas tiada prinsip dan mempunyai pendirian yang berubah-ubah,” kata Ahli Parlimen Seremban itu kepada Roketkini.
Keadaan ini jelas beliau menunjukkan UMNO tidak mampu lagi untuk melakukan perubahan positif dari dalam.
“Saya rasa dia (KJ) nak terus hidup dalam UMNO walaupun kena pertahan imej UMNO dan pemimpin tertingginya yang penuh dengan skandal.
“Kalau Khairy yang lain sikit pun boleh cakap macam ini, UMNO nampaknya tiada harapan untuk berubah dari dalam,” ujar beliau.
Menteri termuda UMNO itu membuat kenyataan tersebut semalam ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya 2016.
Khairy dilaporkan media telah menyeru ahli UMNO supaya berani bersama presiden parti walaupun dikecam di media sosial.
“Kita kena berani, walaupun dikecam, walaupun dicemuh di media sosial, kata ini semua balaci-balaci dan macai-macai Umno dan sebagainya.
“Tak apalah, kita jadi balaci, kita jadi macai tak apa. Sebab apa? Kebersamaan dengan presiden kita cuba menegakkan kebenaran dan keadilan,” kata Khairy.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913