Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Rafizi: Mana jadual bulanan kalau benar tiada cukai petrol tersembunyi?

$
0
0
Kiraan berdasarkan formula kerajaan menunjukkan harga RON95 bagi Ogos 2016 sepatutnya RM1.65 seliter
rafiizi-minyak
PETALING JAYA: Kerajaan disaran mendedahkan jadual kiraan harga minyak bulanan sekiranya benar tiada cukai tersembunyi dikenakan ke atas setiap pembelian petrol dan diesel.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mempersoalkan mengapa kerajaan melanggar formula mereka sendiri apabila kiraan berdasarkan formula (mengikut harga pasaran purata bulan Julai) menunjukkan harga RON95 bagi Ogos 2016 sepatutnya RM1.65 seliter, bukannya RM1.75 seliter.
“Kewujudan harga tambahan 10 sen seliter yang dibayar oleh pengguna sekarang adalah bersamaan dengan cukai 10 sen seliter yang saya maksudkan sebagai cukai tersembunyi,” kata Rafizi.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan pengiraan harga bahan api mengikut purata pasaran secara bulanan, contohnya purata perubahan pada kos produk bagi bulan semasa menentukan harga runcit pada bulan hadapan.
Menteri sebelum ini, Datuk Seri Hasan Malek pada Disember 2014 dilaporkan berjanji kementeriannya dan Kementerian Kewangan akan menyediakan maklumat mekanisme sistem apungan terkawal bahan api untuk pengetahuan pengguna.
Rafizi berkata harga bahan api menjadi pertikaian sejak dua tahun lalu apabila kerajaan tidak menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah sedunia jatuh merudum.
“Saya telah membawa isu cukai tersembunyi ini sejak tahun 2014 lagi apabila penetapan harga minyak yang dijual kepada pengguna (RON95, RON97 dan diesel) terdedah kepada keputusan politik yang menyebabkan rakyat sentiasa rugi,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913