Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

"BUKAN ANDAIAN DAN IA MEWAKILI SUARA PEMUDA" - APA REAKSI KPN DAN KJ SELEPAS INI?

$
0
0
Tindakan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menutup siasatan berhubung dakwaan wujudnya konspirasi mahu menjatuhkan Najib Razak oleh tiga Tan Sri dan menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hanya berdasarkan andaian, nampaknya tidak menjadikan kes tersebut benar-benar tertutup.

Khairul Azwan yang mengadakan sidang akhbar petang tadi bukan saja menolak laporan polis yang dibuatnya berdasarkan andaian, malah juga mengatakan tindakannya adalah mewakili suara Pemuda UMNO.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh naibnya itu adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pemuda UMNO.

Dengan mempertahankan laporan polisnya bukan berdasarkan andaian serta tindakannya adalah juga mewakili suara Pemuda UMNO, Khairul Azwan secara sekaligus menolak tanggapan Khalid Abu Bakar dan KJ terhadap tindakannya.
"Kami telah buat laporan polis, itu tindakan kami. Kami bertanggungjawab, jadi kami buat laporan.

"Ia bukan andaian dan laporan polis telah kami buat. Tetapi saya difahamkan polis tidak akan teruskan siasatan dan tiada tindakan akan diambil terhadap saya," katanya lagi.

Khairul Azwan juga mempertahankan laporan polis yang dibuatnya adalah berdasarkan keyakinan dan kepercayaan di mana ia akhirnya telah berjaya mematahkan percubaan mahu menjatuhkan Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913