Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Skandal 1MDB: Ke mana hilangnya ulama?

$
0
0
Para mufti dan ulama kerajaaan janganlah kelihatan hanya untuk menentukan tarikh puasa dan hari raya sahaja.
Raja-Bahrin-Shah_ulama_1mdb_600_2
Oleh Raja Bahrin Shah
Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian tentang isu 1MDB dan juga tindakan kerajaan Amerika Syarikat baru baru ini ke atas 1MDB.
Malah Majlis Raja-raja Melayu sejak Oktober 2015 lagi meminta isu 1MDB diselesaikan kerajaan, tanpa tindakan yang sepatutnya dari Datuk Seri Najib Razak.
Saya juga pernah menyoal fenomena membisu kebanyakan ulama tentang isu 1MDB. Setakat ini hanya seorang mufti negeri yang kehadapan bersuara tentang kemungkaran pemerintah.
Berkatalah pula Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria: “Peguam Negara sudah putuskan, buat apa bincang 1MDB”.
Perlu diingat, selepas Tan Sri Abdul Gani Patail dipencenkan atas sebab kesihatan, walaupun beliau mengakui sihat dan segar, Peguam Negara sekarang secepat kilat mengisytiharkan Najib bebas daripada segala kesalahan dalam isu 1MDB.
Begitu hebatnya Peguam Negara sekarang. Dalam masa sama, laporan Ketua Audit Negara dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Sangat mudah Harussani membuat kesimpulan dalam isu yang penting untuk negara ini. Bukankah Islam melarang daripada membuat keputusan tergesa-gesa tanpa kajian mendalam? Apakan lagi isu sepenting ini untuk negara.
Jika ulama kerajaan dan mufti membuat kenyataan hanya untuk mengiakan pihak kerajaan, tidak boleh disalahkan rakyat menyoal peranan mereka menegakkan kebenaran menurut Islam sebenarnya.
Sekarang pun ramai yang memandang golongan ini lebih sebagai penghias dan penyeri majlis rasmi sahaja.
Lebih menghairankan lagi kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Shukor Husin yang menyatakan: “Kita juga tidak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.”
Majlis Fatwa tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB. Ini menimbulkan soal tanda tanya adakah Majlis Fatwa berhasrat terus relevan dan memainkan peranan menyeluruh dan bermakna isu semasa untuk masyarakat Islam hari ini dalam suasana ekonomi global?
Mereka mesti mengubah sikap supaya menjadi terus relevan. Di mana usaha dan kesungguhan mereka memahami isu semasa?
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913