Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Guling PM: Gerakkan laporan polis terhadap naib ketua Pemuda Umno

$
0
0

Azwan BroAzwan Bro
Skandal 1MDB semakin menjadi perhatian antarabangsa apabila Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat telah memfailkan prosiding 'Civil Forfeiture' bagi menyita dan merampas aset-aset di Amerika Syarikat yang didakwa diperolehi melalui pengubahan wang haram akibat perbuatan jenayah mencuri wang 1MDB. Pemilik-pemilik aset-aset yang didakwa di dalam prosiding tersebut pula didakwa mempunyai hubungan keluarga dan kenalan rapat Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak.
Bagi mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, 'pemakan-pemakan dedak' cuba membuat pelbagai kenyataan yang cuba mengelirukan rakyat. Terbaru, muncul seorang 'hero muda' membuat kecoh pada 26 Julai 2016 bernama Khairul Azwan bin Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia membuat laporan polis (Repot No: CHOWKIT/005870/2016) ke atas Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed (bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara) dan Tan Sri Abdul Gani Patail (bekas Peguam Negara).
Menurut laporan polis tersebut, Khairul Azwan percaya bahawa ketiga-tiga 'Tan Sri' ini telah secara berseorangan atau bersesama terlibat dalam suatu konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia yang sah dengan memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI. Khairul Azwan juga menyatakan di perenggan terakhir laporan polisnya bahawa “perkara yang saya laporkan di sini bukanlah dakwaan semata-mata tanpa asas dan saya pohon supaya pihak polis menyiasat perkara ini dengan segera".
Namun, pada 2 Ogos 2016 Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakat dilaporkan berkata polis sudah menutup kes dan memberhentikan siasatan terhadap laporan polis beliau atas alasan laporan Khairul Azwan tersebut hanya berdasarkan 'andaian' yang mungkin diperoleh melalui bacaan di akhbar, mendengar cerita orang sahaja.
Tan Sri Ketua Polis Negara seterusnya dilaporkan berkata semasa dirakam percakapan dan siasatan, Khairul Azwan tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaannya. Malah Ketua Polis menyatakan bahawa polis menasihati Khairul Azwan supaya tidak mengulangi perkara yang sama pada masa depan jika tidak mempunyai fakta atau bukti.
Oleh kerana dalam laporan polisnya, Khairul Azwan mengatakan bahawa laporan polisnya dibuat dengan asas, namun akhirnya tiada sebarang bukti dikemukakan, maka laporan polis tersebut dibuat berdasarkan maklumat palsu. *Justeru, Pemuda AMANAH akan menggerakkan sayapnya di setiap negeri bagi membuat laporan polis yang bertujuan agar pihak Polis DiRaja Malaysia menyiasat Khairul Azwan kerana telah membuat laporan palsu yang jelas merupakan suatu kesalahan jenayah bawah Seksyen 182 dan 194 Kanun Keseksaan.*
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913