Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Lim mahu IGP jelaskan ‘Mexican standoff’ pemimpin Umno

$
0
0
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi penjelasan mengenai kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung kenytaan ‘Mexican standoff’.
"Khairul Azwan berkata laporannya telah membawa kepada ‘Mexican standoff’ atau merujuk kebuntuan  pertembungan antara dua atau lebih pihak di mana tiada satu pun mempunyai kelebihan untuk bertindak tanpa terdedah kepada bahaya.
"Bolehkah Ketua Polis Negara memberi pencerahan apa yang disebut ‘Mexican standoff’ [...] dan sama ada Ketua Polis Negara atau pihak polis dalam apa jua cara yang terlibat dalam ‘Mexican standoff’ itu?" soal Lim dalam satu kenyataan media hari ini.
Khairul Azwan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khalid yang memaklumkan bahawa polis tidak akan menyiasat dirinya berhubung laporan yang dibuatnya ke atas bekas tiga ketua institusi awam yang didakwa berkonspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“IGP telah maklumkan tidak akan teruskan siasatan dan difahamkan IGP juga tidak akan mengambil tindakan ke atas kami, mungkin ini satu Mexican stand off,” katanya.
Naib ketua pemuda Umno itu pada 27 Julai lalu mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia yang sah.
Katanya, ketiga-tiga mereka disyaki memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat serta memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka.
Selasa lalu, Khalid berkata, laporan Khairul adalah berdasarkan "andaian" dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913