KUALA LUMPUR 25 APRIL: Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi bahawa 35 militan Sulu ditembak mati pasukan keselamatan
Filipina ketika cuba memasuki Sabah dianggap memainkan sentimen
berbahaya antara Malaysia dengan Filipina.
“Adakah Zahid sudah membuat pengesahan? Kalau berita ini tidak benar, kenyataannya berbahaya kerana cuba memainkan sentimen antara negara Filipina dengan Malaysia,” kata bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Media Filipina InterAksyon.com melaporkan kenyataan jurucakap tentera laut kawasan Barat Laut Filipina, Kolonel Edgard Arevalo bahawa pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan terhadap dakwaan Zahid.
Manakala pemangku jurucakap tentera laut republik itu, Leftenan Komander Gregory Fabic berkata, pasukan Western Command dan Naval Task Force 62 yang menjaga perairan tempat militan itu ditembak juga menafikan dakwaan Zahid.
“Persoalannya mengapa nak buat kenyataan di sini? Adakah Zahid telah membuat tapisan maklumat? Kenyataannya langsung tidak mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak,” tegas Ghafir.
Sementara itu, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid menegaskan, kenyataan Zahid tidak terpakai kerana dia kini hanya memangku jawatan Menteri Pertahanan.
“Zahid Hamidi tak relevan. Tidak malukah dia sekarang ini yang tidak ada portfolio (Menteri Pertahanan)?” soal Imran.
“Sepatutnya yang buat kenyataan ialah Ketua Polis Negara atau Panglima Angkatan Tentera. Itu pun selepas dimaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong,” kata Imran.
Read More / Baca Lagi >>