Polis perlu menyoal siasat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun lebih lanjut untuk mengetahui apakah bukti yang beliau ada terhadap tiga orang 'tan sri', kata seorang pemimpin Pemuda Umno.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii mengulas penafian Khairul Azwan bahawa laporan polis yang mendakwa konspirasi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah berdasarkan khabar angin.
"Polis perlu panggil Azwan Bro kembali, tanya dia mengapa dia katakan (dakwaan itu) ia bukan satu andaian?'
"Bukti itu mungkin dia tak boleh kongsi dengan sesiapa, mungkin rahsia yang dia perolehi.
"Panggil balik dia dan tanya dia," kata Razlan kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di pejabat portal berita itu di Petaling Jaya semalam.
Khairul yang lebih dikenali sebagai 'Azwan Bro', minggu lalu menuduh bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed memalsukan bukti terhadap Najib.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, selepas disoal siasat, polis mendapati laporan tersebut adalah berdasarkan khabar angin dan memutuskan untuk tidak meneruskan kes itu.
Berikutan itu, Khairul Azwan mengadakan sidang akhbar menegaskan laporannya adalah sah dan bagaimana Pemuda Umno telah menggagalkan plot terhadap Najib.
Beliau juga menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa laporan polis itu adalah tindakan individu dan bukan pendirian parti.
Razlan bagaimanapun menafikan spekulasi bahawa Khairul Azwan mengambil langkah menentang Khairy.
"Kami semua kawan-kawan dalam Pemuda Umno. Ini hanya spekulasi, di bawah kepimpinan Khairy kita semua bersatu padu," katanya.