Setelah melepaskan jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Ketua Penerangan Umno pada 2009, Tan Sri Muhammad Muhd Taib
seolah-olah memencilkan diri daripada dunia politik tanah air.
Sejak itu beliau lebih banyak kelihatan dengan kain dan ketayap di surau, masjid dan majlis-majlis berkaitan agama.
Kemunculannya di gerai-gerai untuk menikmati sarapan pagi bersama enam atau tujuh orang rakan selepas menunaikan solat Subuh adalah pemandangan biasa di sekitar Shah Alam.
Beliau jarang kelihatan bercerita, tetapi lebih banyak mendengar perbualan sahabat-sahabatnya sambil tersenyum.
Bagaimanapun, semalam, dua hari selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13, Muhammad, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Taib atau Mat Tyson, membuat kejutan dalam kalangan rakan parti dengan menyerahkan borang permohonannya untuk menjadi ahli Pas kepada Presiden Parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam temu ramah eksklusif dengan editor dan wartawan kanan Sinar Harian di Kompleks Media Karangkraf kira-kira lima jam selepas majlis penyerahan borang itu, bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997) itu meluahkan segala isi hatinya tentang mengapa beliau pilih untuk menyertai Pas.
Ikutilah wawancara lebih sejam dengan beliau itu.
Boleh Tan Sri jelaskan mengapa memilih untuk membakar jambatan lama, adakah yakin jambatan baru boleh dibina dengan baik?
Read More / Baca Lagi >>