Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi yang mendakwa enam orang exco dijangka memulaukan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 yang akan bersidang esok.
A Latif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan juga berkata pemulauan berkenaan tidak mungkin berlaku kerana ketika ini kesemua exco berada teguh menyokong kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.
"Saya yakin ia tidak akan berlaku sebab ketika ini tahap kecintaan kami semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sangat tinggi terhadap Terengganu dan tidak mungkin akan berlaku perkara di luar jangkaan kerana kami tetap bersama MB (Menteri Besar)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Pidato Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di Wisma Darul Iman di sini, Ahad.
"Saya menaruh harapan agar Sidang DUN esok dapat berjalan lancar dengan tertib dan kita juga berharap Sidang DUN kali ini akan memberi impak dan kesan yang baik kepada negeri Terengganu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>