Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Parti Melayu baru langkah strategik, kata Kadir Jasin

$
0
0
Adalah tidak adil menuduh bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelakangkan kepelbagaian budaya dengan membuka keahlian hanya kepada bumiputera dalam parti baru yang akan ditubuhkannya.
Wartawan veteran Datuk Kadir Jasin berkata langkah itu adalah strategik supaya tidak bertembung dengan parti lawan BN yang berlatar belakang pelbagai kaum.
Kadir berkata ini adalah hasil perbincangan antara penganjur parti baru itu dan PKR, DAP, AMANAH serta PAS yang menunjukkan "tanda-tanda positif".
"Mereka yang datang dari parti berbilang kaum, terutamanya PKR dan DAP, tidak mahu melihat satu lagi parti pelbagai kaum bersaing untuk sokongan dan lebih teruk lagi, mencuri ahli-ahli mereka.
"Tetapi mereka telah sebulat suara bahawa parti Melayu / berdasarkan bumiputera baru itu akan memainkan peranan penting dalam pakatan pembangkang sedia ada," kata Kadir, yang juga mengambil bahagian dalam perbincangan itu.
Beliau berkata penganjur parti baru itu percaya parti itu akan menyediakan platform alternatif kepada Umno.
Matlamat utama, katanya, adalah untuk memecahkan hagemoni BN dengan menentang parti itu dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum ke-14.
Ini termasuk kerjasama dengan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang akan menubuhkan parti berasaskan bumiputera di Sabah.
"Oleh itu, adalah salah untuk menuduh mereka yang memulakan parti baru itu mengabaikan kepelbagai kaum. Parti baru ini berjanji untuk memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada berbilang kaum dan pembaharuan politik sambil meminimumkan konflik yang mungkin berlaku dengan parti-parti politik pembangkang yang sedia ada," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913