KUCHING:
25 APRIL: Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengulangi
pendirian DAP mengenai pelaksanaan hudud iaitu tetap berpegang kepada
Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, beliau mencabar UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut menyatakan pendirian secara terbuka sama ada mahu melaksanakan hudud atau sebaliknya.
“UMNO dan BN tidak perlu membuang masa untuk mengelirukan rakyat
dengan menjadikan hudud sebagai isu politik, malah meminta Datuk Seri
Najib Razak memartabatkan agama Islam dan menghormati umat Islam dengan
menghentikan kempen yang memperalatkan agama kerana ia memberi kesan
buruk kepada masyarakat.
“Saya harap pemimpin BN benar-benar menghormati kesucian Islam dan agama lain kerana kepercayaan agama bukanlah alat permainan politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kit Siang mengulas laporan media hari ini mengenai cabaran Najib supaya Pakatan Rakyat menyatakan pendirian secara jelas mengenai isu hudud, hanya satu gimik politik semata-mata.
Beliau kesal kerana UMNO/BN terus memperalatkan agama pada PRU kali ini sedangkan Pakatan Rakyat menyatakan bahawa hudud tidak terkandung dalam Manifesto Rakyat, pendirian bersama dan apa-apa prinsip bersama.
Sehubungan itu, katanya, DAP tetap menghormati PAS dan ideologinya, sama seperti PAS dan PKR menghormati DAP dengan ideologi DAP dan prinsip perjuangan semata-mata untuk kepentingan rakyat atas dasar demokrasi.