Ahmad Razif lega sidang DUN hari ini tidak menampakkan "situasi panas" seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan krisis politik di negeri itu selesai dan berharap tidak timbul lagi masalah seumpama itu yang boleh menjejaskan kepimpinan negeri di masa depan.
Beliau lega sidang Dewan Undangan Negeri hari ini tidak menampakkan “situasi panas” seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
“Alhamdulillah, keadaan hari ini terkawal dan tak ada apa-apa perkara yang berlaku…keadaan (kemelut) politik di Terengganu sudah selesai.
“Yang penting sekarang ini kita hendak bergerak ke hadapan untuk memastikan agenda pembangunan rakyat perlu diberi keutamaan,” katanya sebaik sahaja selesai sidang DUN hari ini.
Beliau berkata, apa yang berlaku membuatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya lebih bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.