Peguam Zulhazmi Sharriff berkata, tiga pertuduhan jenayah boleh dikenakan terhadap Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun kerana membuat laporan polis mendakwa tiga bekas penjawat awam kanan berkonspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zulhazmi membuat laporan polis terhadap Khairul Azwan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pagi ini, disertai oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan bekas exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu Tan Khiew.
Dalam laporannya, Zulhazmi menggesa pihak polis untuk menyiasat Khairul Azwan mengikut Seksyen 182, 194 dan 499 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Seksyen 182 adalah berkenaan memberi maklumat, dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain.
Seksyen 194 pula memperkatakan memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan atas kesalahan hukum bunuh.
Manakala seksyen 499 memperkatakan tentang jenayah fitnah.
Khairul Azwan dalam laporannya mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkomplot untuk menjatuhkan Najib.
Polis menutup kes itu setelah mengesahkan bahawa laporan polis Khairul Azwan itu berdasarkan andaian.
Zulhazmi berkata laporan polis Khairul Azwan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan penjawat awam.
"Tuduhan Khairul adalah sangat serius dan apabila ketua polis negara berkata bahawa ia berdasarkan andaian dan tiada tindakan akan diambil ke atas Khairul, ini menimbulkan soalan berhubung prejudis, keraguan dan dwi-standard," katanya.
Zulhazmi berkata beliau akan mengambil tindakan susulan berhubung laporannya selepas 14 hari.
Liu juga menggesa polis mengambil tindakan segera.
"Undang-undang sangat jelas. Tiada siapa yang boleh membuat laporan polis palsu.
"Dalam kes ini kita tidak minta banyak. Kita hanya mahu ketua polis dan pihak polis untuk mengambil tindakan yang perlu, jika tidak polis sendiri akan dilihat sebagai tidak melakukan tugas mereka dengan baik," katanya.