Dijangka diletakkan bawah pemerhatian untuk beberapa hari, hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan melawat bekas PM berusia 91 tahun itu
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Ia ekoran bekas perdana menteri berusia 91 tahun itu mengalami masalah jangkitan dan dijangka diletakkan bawah pemerhatian untuk beberapa hari.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan IJN, Mahathir dimasukkan ke wad atas nasihat pasukan perubatan dan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat.
Sebelum ini Mahathir pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kali pertama pada 24 Januari 1989 dan kali kedua pada tahun 2007.