Justo mengaku bersalah cuba memeras ugut PetroSaudi International yang mempunyai kaitan dengan 1MDB dan dia kini hanya perlu menjalani baki hukuman penjara setahun lagi. secara parol atau mungkin dipindahkan ke penjara lain.
BANGKOK: Warga Switzerland, Andre Xavier Justo yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International yang dikaitkan dengan 1MDB, mendapat pengampunan diraja.
Menurut peguam, Worrasit Piriyawiboon, anak guamnya mendapat pengampunan sempena ulang tahun ke-70 Raja Bhumibol Adulyadej menduduki takhta dan ulang tahun kelahiran Permaisuri Sirikit.
“Pengumuman mengenai pengampunan diraja disiarkan dalam laman web Warta Diraja malam tadi. Saya menghubungi pegawai pemulihan dan beliau mengesahkan nama Justo berada dalam senarai,” katanya kepada Bernama hari ini.
Pengampunan itu bermakna Justo yang disifatkan sebagai “seorang banduan sangat baik” oleh pihak berkuasa penjara Thailand akan menjalani hukuman penjara singkat, kerana hukuman penjara ke atasnya dikurangkan sebanyak satu pertiga.
Worrasit berkata, Justo sudah menjalani hukuman penjara setahun daripada tempoh tiga tahun, selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan tahun lepas.
Read More / Baca Lagi >>