Apa untunganya membuat dakwaan ada video dan gambar bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said terlibat adegan seks dengan seorang wanita?
Lagipun dakwaan ini bukan cerita baru, ia pernah ditimbulkan sekitar 2009.
Apa untungnya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan menimbulkan isu ini.
Beberapa hari ini, kemelut politik Terengganu dilihat reda. Dengan mencipta atau mengitar semula cerita seks ini akan menyebabkan politik Terengganu akan kembali panas.
Baikkah untuk UMNO dan BN Terengganu? Juga baikkah untuk kedudukan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman?
Apakah cara ini baik untuk UMNO Terengganu melaksanakan ‘damage control’ akibat kekecohan baru-baru ini?
Penguasaan BN di Terengganu tidak kukuh susulan hanya mempunyai 17 kerusi DUN berbanding pembangkang dengan 15 kerusi.
Jika Ahmad Said berpaling tadah dan berjaya menarik hanya seorang lagi wakil BN dalam DUN, BN boleh hilang kerajaan di negeri Pantai Timur itu.
Yang peliknya, dakwaan terhadap Ahmad Said yang berkhidmat sebagai menteri besar Terengganu sejak 2008 sebelum digantikan secara kontroversi dengan Ahmad Razif pada 2013, tidak ada rekod seburuk itu.
Juga pelik, laporan itu beberapa blog itu muncul semalam, sehari selepas spekulasi usul tidak percaya akan dibuat sekali lagi oleh Ahmad Said terhadap menteri besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersidang pada Isnin.
Semalam The Star Online melaporkan, wujud dakwaan video dan gambar seks melibatkan seorang ahli politik kanan Terengganu.
Ahli politik yang tidak dinamakan itu dikatakan yang memberikan sebuah projek pembalakan kepada seorang wanita dan sebagai balasan, mendapat habuan seks pada 2009.
Ahli politik yang tidak dinamakan itu dikatakan yang memberikan sebuah projek pembalakan kepada seorang wanita dan sebagai balasan, mendapat habuan seks pada 2009.
Ahmad Said dipetik Malaysiakini hari ini menasihatkan masyarakat supaya berhenti membuat fitnah, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan maruah seseorang.
"Saya tak takut. (Kalau) orang serang saya, saya serang balik. Nak suruh saya berhenti? Nak malukan saya? Umno tak untung apa-apa. Kalau sanggup pilihan raya negeri, OK buatlah,” tegasnya.
"Ini maruah orang. Kalau dulu, fitnah mulut ke mulut. Hari ini (boleh) fitnah orang dengan pelbagai cara. Lepas itu, maruah orang, kita nak tanggung dosa orang?
"Tuhan dah beritahu, kalau kita jaga maruah orang, tuhan jaga maruah kita. Apa faedah yang dapat (dengan fitnah)?" ujarnya lagi.
Ahmad Said ditakrifkan sebagai seorang pemimpin lantang Umno, beberapa kali kelihatan dalam acara bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkritik utama kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahmad Said hari ini enggan melayan 'serangan' terhadap dirinya termasuk dakwaan terdapat video dan gambar seks melibatkannya.