Presiden Pas, Hadi Awang dilaporkan enggan memberi ulasan lanjut mengenai dakwaan Sarawak Report bahawa parti itu ada menerima RM90 juta daripada Najib Razak atas alasan beliau baru balik dari luar negara dan belum membaca lagi berita berkenaan dengannya.
Saya baru balik...belum baca lagi, kata beliau.
Selepas diasak, Hadi kemudiannya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk mengambil tindakan lanjut mengenainya.
Saya baru balik...belum baca lagi...serah pada Pas Pusat, tambahnya kepada wartawan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Isu yang ditanyakan sebenarnya mudah saja, benar atau tidak bahawa Pas ada atau pernah menerima wang sebanyak RM90 juta daripada Najib sebagaimana yang dilaporkan oleh Sarawak Report, baru-baru ini.
Soalan sebegitu mudah tidak memerlukan jawapan yang susah. Jawapannya hanya "ya" atau "tidak" saja.