Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Dilema pakatan pembangkang menjelang PRU ke 14

$
0
0

Pakatan pembangkang perlu bertolak ansurPakatan pembangkang perlu bertolak ansur
Apabila berbicara soal PRU ke 14, kebanyakan rakyat berpendapat ianya akan diadakan pada tahun 2017.
Lebih tepat lagi selepas beberapa bulan sesudah pembentangan Bajet 2017.
Menurut Perlembagaan Persekutuan, tarikh paling lewat PRU ke 14 wajib diadakan adalah bulan Ogos 2018.
Ini bermakna semua parti-parti politik Malaysia mempunyai tempoh masa sekitar 2 tahun saja lagi untuk membuat persediaan sebelum menghadapi PRU ke 14.
Namun demikian, pakar-pakar ekonomi berpendapat tahun 2017 dan 2018 bukanlah tahun-tahun yang bagus bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dunia.
Kemelesetan ekonomi dunia lazimnya berlaku setiap 10 tahun.
Kemelesetan ekonomi paling teruk yang Malaysia hadapi adalah pada tahun 1998.
Sesetengah orang berpendapat bahawa waktu ini pun Malaysia sudah merasai kemelesetan ekonomi yang teruk.
Petunjuk-petunjuknya adalah kurangnya peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat, berkurangnya pelaburan luar (Foreign Direct Investment@FDI), meningkatnya bilangan penganggur di kalangan graduan, malapnya industri hartanah, menurunnya bilangan kereta baru yang dapat dijual oleh pengedar-pengedar kereta, bertambahnya lagi senarai panjang individu-individu yang diistihar muflis, bertambahnya bilangan hartanah dan kereta peribadi yang disita, harga barang-barang keperluan meningkat@inflasi, nilai mata wang kita RM yang tidak tetap@stabil, kurang lakunya dagangan peniaga-peniaga dan banyak lagi perkara-perkara lain.
Senarainya terlalu panjang. Berbual lah dengan usahawan dan peniaga-peniaga, mereka akan bercerita panjang tentang keadaan ekonomi negara kita pada waktu ini.
Semua mereka pastinya mengeluh susah. Hatta penjual nasi lemak di tepi-tepi jalanraya pun merungut kerana harga bahan-bahan mentah dagangannya tetap selalu naik.
Oleh yang demikian mak cik-mak cik penjual nasi lemah terpaksa menjual sebungkus nasi lemak RM1.00. Harga kueh pula adalah 0.40 sen sebiji.
Kembali kepada topik PRU ke 14, kelihatannya parti-parti pembangkang Malaysia waktu ini memang menghadapi delima untuk menyertainya secara berkesan.
Cuma DAP sahaja yang berkeyakinan penuh untuk menghadapinya tanpa terlalu memikirkannya sama ada pertandingan itu nanti lebih daripada dua penjuru.
Bagi DAP pertandingan “ Satu Lawan Satu “ dengan BN bukan lah formula mutlak untuk mengalahkan BN dalam PRU ke 14 itu nanti.
DAP tetap yakin untuk memenangi kerusi-kerusi Parlimen dan Dun walaupun mereka terpaksa menghadapi pertandingan lebih daripada dua penjuru.
Beberapa hari lepas, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyatakan bahawa DAP bersedia menerima cabaran pertandingan 3 penjuru.
Hujah pimpinan DAP ini ada asasnya. Daripada pemerhatian banyak pihak, pengundi-pengundi Cina tetap akan memberikan undi mereka kepada DAP tanpa mengambil kira faktor siapa calon-calon DAP.
Pengundi-pengundi Cina mengundi mengikut parti, tidak kira faktor bangsa calon-calon. Ini lah kelebihan yang dipunyai oleh DAP pada waktu ini.
Dalam Pakatan Harapan@PH, kerisauan dan kegelisahan tentang pertandingan lebih daripada dua penjuru ini sering kali diluahkan oleh pimpinan PKR.
Buktinya mereka tidak bersetuju untuk mengadakan PRN mengejut Pulau Pinang baru-baru ini.
Kawasan-kawasan yang dibimbangi sukar dimenangi oleh mereka adalah kawasan-kawasan majoriti Melayu dan campuran.
Dalam hal ini dibimbangi kedegilan PAS untuk tetap menyertai dalam banyak kawasan majoriti Melayu dan campuran akan akhirnya tetap memenangkan BN.
PAS mungkin bertindak sebagai “Kacau Daun“ hanya semata-mata kerana masih berdendam kepada DAP dan Parti Amanah. Pimpinan PH khususnya wajar mencari formula terbaik ke atas permasalahan ini.
Seterusnya perlu juga mengambil kira parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913