KOTA BHARU – Kaedah mencampurkan dadah sintetik ke dalam air ketum dikesan menjadi cara penagihan yang semakin popular dan kian menular dalam kalangan penagih di negeri ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman Ismail berkata, tabiat mencampurkan dadah jenis pil kuda dan heroin serta pelbagai dadah lain itu dikatakan mampu menghasilkan rasa khayal yang lebih kuat kepada para penagih.
Katanya, trend itu turut menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah kes membabitkan ketum antara Januari sehingga Julai tahun lalu berbanding tempoh sama tahun ini iaitu daripada 36 kepada 86 kes.
“Wujud peningkatan tangkapan dadah daun ketum di Kelantan yang meningkat sebanyak 212 peratus.
“Pada tahun 2015, polis membuat rampasan dadah (ketum) berjumlah RM10juta dan jumlah itu meningkat kepada RM14 juta tahun ini dengan kenaikan sebanyak 44 peratus,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.
Beliau berkata, daun ketum dipercayai diperoleh dari utara tanah air dan masuk ke pasaran Kelantan untuk diproses oleh individu dan dijual dengan harga RM10 hingga RM12 bagi setiap satu bungkusan seliter.
“Daun ketum diproses menjadi cecair ketum dan dibungkus kemudian dijual kepada pengedar ke serata daerah di negeri ini. Penagih yang membeli air ini akan mencampurkannya dengan dadah seperti pil kuda atau heroin sebelum diminum.
“Terdapat juga penagih yang mengambil dadah lain pada masa sama diselang-selikan dengan meminum air ketum,” katanya.
Menurutnya, selain ketum, rampasan dadah pil kuda turut meningkat sebanyak RM13 juta iaitu kenaikan sebanyak 43 peratus, heroin meningkat sebanyak 8 peratus manakala syabu meningkat sebanyak 196 peratus dan menyebabkan pihaknya terus fokus dalam jihad bagi memerangi dadah di negeri ini.
Read More / Baca Lagi >>