Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

KPDNKK pantau koperasi kredit yang didalangi Ah Long

$
0
0
KPDNKK mengetahui dan menyedari wujudnya kegiatan sedemikian di sebalik koperasi kredit.
Hamzah Zainudin
BALIK PULAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) giat memantau kegiatan koperasi kredit yang didakwa didalangi kegiatan Ah Long dalam memberikan pinjaman kepada peminjam yang ingin menjalankan perniagaan.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya mengetahui dan menyedari wujudnya kegiatan sedemikian di sebalik koperasi kredit tersebut.
“Saya tahu di belakang koperasi ini, banyak macam Ah Long dan kita akan dakwa mereka sekiranya kita dapati mereka menggunakan sindiket-sindiket Ah Long dalam Koperasi Kredit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Koperasi Kebangsaan 2016 Peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.
Hamzah berkata pada masa ini sebanyak 12 koperasi di seluruh negara telah diarahkan tutup manakala 11 lagi koperasi sedang dalam siasatan.
“Ini menunjukkan kami serius terhadap koperasi yang menyalahgunakan segala apa yang kita berikan seperti lesen dan sebagainya. Selain itu terdapat lebih 40 koperasi sedang dipanggil untuk proses penyerahan dokumentasi,” katanya.
Beliau berkata sekiranya koperasi yang sedang disiasat didapati bersalah ketika menjalankan urusan antaranya menipu peminjam, koperasi tersebut akan diarahkan tutup serta-merta.
Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata akta koperasi yang bakal digubal akan dibentangkan di Parlimen tahun hadapan.
“Melalui penggubalan akta ini ada perkara-perkara yang kita perhalusi antaranya memberikan ilmu untuk menguruskan koperasi.
Melalui akta sedia ada semua koperasi berada pada tahap yang sama dan ia menyukarkan koperasi besar untuk memperluaskan perniagannya.
“Maka dengan penggubalan akta baru nanti secara automatik akan membahagikan pemain industri dalam bidang ini kepada tiga tahap,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913