Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

"Armada 14" Pemuda Umno akan gempur pembangkang

$
0
0
Pergerakan Pemuda Umno negeri menubuhkan jentera 'Armada 14' sebagai platform menangkis segala tohmahan mahupun tuduhan liar pembangkang terhadap kepimpinan parti sekaligus urusan pentadbiran negara.
Ketuanya Mohd Shahar Abdullah berkata jentera itu telah ditubuhkan di setiap bahagian Pemuda Umno di seluruh negeri dengan anggotanya terdiri daripada Jawatankuasa Pemuda Umno bahagian dan cawangan.
"Kita yakin melalui Armada 14 yang baru ditubuhkan ini mampu menentang segala serangan dan tuduhan palsu tersebut dengan usaha bersepadu dilakukan anggota Armada 14 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Maran, hari ini.
Turut hadir Ketua Umno bahagian Maran merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Mohd Shahar berkata Pemuda Umno Pahang juga akan turun padang ke seluruh negeri menemui rakyat terutamanya di kawasan luar bandar selepas ini untuk menerangkan segala usaha dilakukan kerajaan demi pembangunan negara dan kebajikan rakyat.
"Pemuda juga akan terus mendaftarkan seberapa ramai anggota dan pemilih baharu bagi membolehkan mereka yang cukup umur mendaftar sebagai pemilih sekaligus mengundi," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua anggota parti di semua peringkat bekerja keras dengan turun padang menambah daftar pemilih dan keanggotaan yang lebih ramai lagi bagi membolehkan Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum nanti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913